Pembangunan Baharu Perodua di Bawah MPHS 14 Flagship

PEMBANGUNAN BAHARU PERODUA DI BAWAH MPHS 14 FLAGSHIP

Kuala Kubu Bharu, 21 Mac 2025 - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) memperakukan kelulusan permohonan cadangan pemajuan untuk Projek Tetuan Perodua Sales Sdn. Bhd. di bawah MPHS 14 Flagship.

MPHS 14 Flagship adalah salah satu kaedah di bawah Inisiatif "High Speed Hulu Selangor". Ianya menggunakan platform Industrial Green Lane (IGL) iaitu modul yang tersedia di dalam Sistem OSC 3.0 Plus Online dengan beberapa penambahbaikan proses. Salah satu tawaran kaedah ini adalah komitmen surat kelulusan dikeluarkan selepas sahaja mesyuarat. Pemaju juga ditawarkan untuk memohon lesen sementara ketika ini manakala lesen penuh boleh diberikan segera apabila CCC didepositkan.

Menurut Puan Yang DiPertua MPHS, ini merupakan permohonan yang pertama dan kejayaan hari ini adalah hasil usaha semua pihak khususnya komitmen jitu Agensi Teknikal, dokongan kuat Ahli-ahli Majlis di dalam Jawatankuasa OSC dan juga Unit H2S serta Bahagian OSC MPHS.

Kesungguhan Barisan Perunding yang dilantik pihak pemohon melaksanakan proses pra-rundingan dan secara 'self regulation' mematuhi kehendak, syarat dan ulasan teknikal adalah resepi penting.

Menurut beliau lagi, Bandar Industri Bernilai Tinggi Serendah adalah kawasan perindustrian terancang yang dibangunkan oleh UMW Development Sdn. Bhd. (SIME). Plot-plot tanah yang dibeli pihak pelabur industri di kawasan ini boleh menggunakan kaedah MPHS 14 Flagship sekiranya pelabur melalui Invest Selangor.

MPHS amat mengalu-alukan pelaburan di Daerah Hulu Selangor. Melihat ke hadapan terdapat beberapa lagi kawasan perindustrian terancang yang akan dipromosikan dengan inisiatif "High Speed Hulu Selangor".

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 25 Mac 2025, 08:49:57.
Jumlah Pelawat :
00961533

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015