MAJLIS PEMBUKAAN TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR 4 FEBRUARI 2025
Majlis Pembukaan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Selangor dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor bertempat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Dalam ucapannya, beliau mendoakan agar semua peserta berjaya mengalunkan bacaan dengan penuh tartil dan kemahiran serta menjadi contoh teladan kepada masyarakat dalam mendalami, menghafaz, dan menghayati isi kandungan al-Quran.
Majlis yang berlangsung dari 4 Februari 2025 sehingga 7 Februari 2025 nanti bakal menyaksikan seramai 17 peserta tilawah (10 qari dan 7 qariah) serta 35 peserta hafazan memperlihat bakat dalam bidang seni al-Quran dan hafazan. Peserta yang berjaya bakal mewakili Selangor untuk bertanding di peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Perlis pada 24 April sehingga 3 Mei depan.