3 Februari 2025, Kuala Kubu Bharu - Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Program Sambutan Perayaan Thaipusam Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025 telah diadakan di Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Y.B. Tuan Papparaidu a/l Veraman, EXCO Sumber Manusia & Pembasmian Kemiskinan. Turut hadir bersama Tuan Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha MPHS, Ahli-Ahli Majlis MPHS, Seksyen Sektoral UPEN, Agensi dan Jabatan Daerah
Mesyuarat membincangkan berkaitan persiapan bagi Pelaksanaan Program Sambutan Perayaan Thaipusam Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025 pada 10 Februari 2025 (Isnin) bertempat di Kuil Seri Maha Subramaniar, Kerling. Sambutan Perayaan Thaipusam akan dirasmikan oleh Y.A.B. Dato Menteri Besar Selangor.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon