Sambutan Perayaan Thaipongal Peringkat Negeri Selangor
Sekinchan, 1 Februari 2025, Sambutan Perayaan Thaipongal Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Dewan Seri Sekinchan.
Turut hadir, YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, YB Dato' Ng Suee Lim, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, YB Papparaidu A/L Veraman, Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YBrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, Ketua Jabatan Negeri dan Daerah, Ahli Ahli Majlis MPHS.
Thaipongal adalah Perayaan yang disambut oleh komuniti India khususnya masyarakat beragama Hindu bagi merayakan musim menuai.
Sambutan ini menggambarkan keterbukaan masyarakat dan Kerajaan Negeri dalam meraikan kepelbagaian budaya di negeri ini.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon #AllahPeliharakanlahHuluSelangor