MAJLIS PERSARAAN ANGGOTA JABATAN PENGUATKUASAAN DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI JABATAN PENGUATKUASAAN.
21 April 2025, Kuala Kubu Bharu: Majlis Persaraan Anggota Jabatan Penguatkuasaan telah diadakan di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu bagi meraikan persaraan Encik Ahmad Fauzan Sulaiman, yang telah menamatkan perkhidmatan beliau setelah sekian lama menabur bakti dalam jabatan.
Majlis yang pernuh bermakna ini turut digabungkan dengan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan menjadikan suasana lebih meriah dan penuh kemesraan. Turut hadir bersama Tuan Awaluddin Zakaria, Setiausaha MPHS bersama Pengarah serta wakil-wakil jabatan MPHS.
Pihak jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan sumbangan Encik Ahmad Fauzan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Semoga beliau terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan dalam fasa kehidupan yang baharu.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon