SESI TAKLIMAT DAN UNDIAN PETAK BAHARU BAGI PASAR AWAM RASA
Tarikh: 21 April 2025 (Isnin)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Dewan Orang Ramai, Rasa Tambahan
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan satu sesi taklimat dan undian petak baharu bagi Pasar Awam Rasa yang telah dinaiktaraf sepenuhnya.
Sesi ini melibatkan seramai 16 orang penyewa sedia ada yang terlibat dalam cabutan undi untuk penempatan semula ke petak-petak baharu.
Taklimat dan sesi undian telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Zul Fadli bin Jaafar, dengan kehadiran wakil-wakil daripada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam serta Jabatan Bangunan.
Sepanjang sesi taklimat, para penyewa diberikan penerangan terperinci berkaitan proses sewaan dan undian petak. Majlis turut berjalan lancar dengan penglibatan aktif penyewa yang mengambil peluang untuk menyuarakan pendapat dan cadangan kepada pihak MPHS.
MPHS berharap agar penambahbaikan ini dapat memberikan keselesaan dan persekitaran yang lebih kondusif kepada semua peniaga dan pengunjung pasar.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon