MPHS Hantar Bantuan Menyelamat Mangsa Banjir Seri Keledang, Hulu Bernam

MPHS HANTAR BANTUAN MENYELAMAT MANGSA BANJIR SERI KELEDANG, HULU BERNAM.

HULU BERNAM , 15 Oktober 2024 : Majlis Perbandaran Hulu Selangor menerusi Team Pantas telah menghantar seramai 6 orang anggota bagi membantu menyelamat mangsa banjir di Seri Keledang, Hulu Bernam.

Bantuan awal telah digerakkan pada jam 2.30 petang dengan menghantar 3 unit tandas bergerak yang diletakkan di 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di Balai Raya Ulu Slim (2 unit) dan Dewan terbuka Kampung (1 unit).

Operasi menyelamat bermula pada jam 4.30 petang bagi membawa mangsa banjir keluar dari kawasan tersebut. Pihak majlis telah menggerakkan 4 aset kenderaan majlis iaitu 2 kenderaan pacuan empat roda dan 2 lori bagi melancarkan proses bantuan pemindahan mangsa banjir yang terlibat.

Operasi menyelamat mangsa banjir ditamatkan pada jam 10.00 malam. Di dalam operasi tersebut, Unit Pantas MPHS yang diketuai oleh Encik Mohd Noor Effendi bin Mohd Tahir telah berjaya membawa 6 orang mangsa banjir keluar untuk dibawa ke PPS Ulu Slim yang terdiri daripada 2 warga emas (1L 1P), 2 orang dewasa (1 L,1P) dan 2 kanak-kanak (2 P).

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 18 Oktober 2024, 01:03:23.
Jumlah Pelawat :
00857532

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015