Operasi Pembersihan Banjir di Kampung Alah Batu dan Kg Sri Kledang Berjalan Lancar
Hulu Bernam, 17 Oktober 2024 – Operasi pembersihan besar-besaran di 2 kawasan terjejas banjir, Kg Alah Batu dan Kg Sri Kledang, telah berlangsung dengan lancar pagi ini. Pasukan gabungan dari beberapa agensi beraksi pantas untuk memulihkan keadaan selepas banjir melanda.
Operasi bermula pada jam 10.00 pagi, dengan kekuatan anggota terdiri daripada 7 kakitangan JPSPPA, seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, 7 anggota Unit PANTAS, serta 3 kru KDEB Waste Management. Pasukan ini dilengkapi dengan 2 lori RORO MPHS dan 1 lori RORO KDEB untuk memudahkan pengangkutan sisa banjir.
Penduduk di Kg Alah Batu dan Kg Sri Kledang menyambut baik kehadiran pasukan bantuan, yang segera melaksanakan kerja-kerja mengumpul sisa banjir yang telah dilonggokkan di hadapan rumah.
Di Kg Sri Kledang, pasukan Unit PANTAS turut menjalankan tugas membersihkan rumah-rumah yang terkesan dengan cepat dan berkesan. Operasi ini berakhir pada jam 1.00 petang, dengan semua sisa banjir berjaya dikutip dan kawasan perumahan kembali bersih