PENUTUP PROGRAM PEMENTORAN MPHS BAGI TAHUN 2025.
MPHS, 8-9 Disember 2025. Bengkel Penutup Program Pementoran MPHS bagi tahun 2025 telah berlangsung selama dua hari di Kuala Lumpur.
Program Pementoran ini telah berlangsung selama 6 bulan bermula Julai 2025 di bawah Kaunselor Tuan Sadli bin Osman, perunding program bermula dari TOT sehingga penilaian, pelaporan dan impak Program Pementoran. Pasangan Mentor dan Menti juga telah diberi tugasan untuk pembentangan berdasarkan kepada tajuk yang diberikan.
Selain tugasan menyiapkan tugasan pembentangan, peserta Mentor Menti juga telah dibawa menikmati panorama di Petronas Twin Tower Sky Xperience Kuala Lumpur sebagai penghargaan kepada Mentor Menti yang telah memberikan komitmen sepanjang program berlangsung.
Majlis menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada 30 orang peserta pementoran tahun 2025 yang telah melaksanakan tugasan luar daripada kerja hakiki dengan jayanya.
#MalaysiaMadani
#KitaSelangor
#IniSelangor
#DaripadaAndaUntukAnda
#MajuPerkasaHasilSemua
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPeliharakanlahHuluSelangor
#MPHSGo
#VisitSelangor2025
#VisitMalaysia2026
#SukmaSelangor2026
















