PROGRAM PENGHIJAUAN TAMAN AWAM KALUMPANG
KALUMPANG, 9 Disember 2025 – Sebanyak 1,100 pokok, terdiri daripada pokok renek dan teduhan telah ditanam dalam Program Penghijauan Taman Awam Kalumpang sebagai sokongan kepada inisiatif Penanaman 11 Juta Pokok Negeri Selangor menjelang 2026.
Antara spesies yang ditanam termasuk pokok Bunga Raya, Pokok Jenjarum, Ruellia, Penaga Laut, Sea Hibiscus dan Pokok Kalumpang yang menjadi identiti tempatan.
Majlis dirasmikan oleh Yang Dipertua MPHS, Puan Julaihah binti Jamaludin, dan turut dihadiri oleh Setiausaha MPHS, Puan Dewi Dirwana binti Munasir, serta Ahli Majlis MPHS.
Program ini melibatkan 150 peserta termasuk pelajar Giat MARA, SMK Kalumpang, kakitangan MPHS dan penduduk setempat.
MPHS juga akan menaik taraf pagar penghadang, menambah tempat letak kereta dan akan membuat semakan semula ukuran padang mengikut piawaian.
Acara turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah untuk para peserta yang hadir menyertai program tersebut.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















