PROGRAM U-PLATS DIGITAL SIRI 3
Kuala Kubu Bharu, 9 Disember 2025 - Program Jelajah U-Plats Digital Siri 3 anjuran PLATS Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah berlangsung di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu.
Usahawan-usahawan di kawasan Hulu Selangor telah mengikuti Kelas U-Plats Modul 1, yang dikendalikan oleh Encik Akmal Ilham dan Encik Syawal Hafifie. Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Projek U-Plats, Puan Hazwani, serta Pengarah Jabatan Pelesenan & Pembangunan Usahawan MPHS, Encik Kamaruzzaman bin Abd Rahman.
Turut hadir memeriahkan program adalah pempamer daripada pelbagai agensi seperti Hijrah Selangor, Agrobank Cawangan KKB, Telco Maxis dan Unifi (Telekom Malaysia).
Sepanjang sesi, para usahawan diberikan pendedahan komprehensif untuk memperkukuh ilmu pengurusan perniagaan agar lebih teratur, sistematik dan selari dengan amalan semasa. Peserta juga diperkenalkan kepada penggunaan platform digital sebagai medium pemasaran yang lebih efektif bagi mengembangkan idea dan capaian perniagaan.
MPHS komited untuk terus menyokong agenda Kerajaan Negeri dalam memodenkan sektor keusahawanan serta merancakkan pembangunan ekonomi tempatan.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















