Program Hari Semakan Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan Kakitangan MPHS tahun 2024

Kuala Kubu Bharu, 17 Disember 2024 - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan Program Hari Semakan Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan Kakitangan MPHS tahun 2024.

Program tahunan ini diadakan untuk memberi ruang dan peluang kepada kakitangan MPHS menyemak dan memastikan setiap kenyataan yang dicatat tentang perkhidmatan mereka di MPHS adalah tepat dan benar.

Memandangkan Buku Perkhidmatan Kerajaan ini merekodkan maklumat peribadi dan perkhidmatan pegawai mulai tarikh lantikan sehingga perkhidmatan berakhir, maka Bahagian Pengurusan Sumber Manusia MPHS, Jabatan Khidmat Pengurusan perlu memastikan segala catatan perkhidmatan seseorang pegawai itu tepat khususnya melibatkan pembayaran faedah persaraan di akhir perkhidmatan nanti.

Program telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS dan dalam ucapan beliau mengingatkan semua kakitangan agar membuat pengemaskinian mengenai maklumat peribadi sekiranya terdapat pindaan serta maklumat di dalam Sistem HRMIS dari semasa ke semasa.

Turut hadir Tuan Shaiful Rizza bin Haji Piamin, Pengarah Perbendaharaan merangkap Penolong Setiausaha MPHS dan Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan serta barisan pengarah-pengarah,ketua bahagian dan unit MPHS.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,Jabatan Khidmat Pengurusan juga menyediakan kaunter semakan berkaitan cuti, latihan/kursus, gaji, SSPA dan sistem HRMIS bagi tahun 2024.

Program semakan buku rekod perkhidmatan kerajaan pada hari ini akan berakhir jam 4.00 petang.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#MPHS2024

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 20 Disember 2024, 04:01:30.
Jumlah Pelawat :
00890708

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015