Program Hulu Selangor Hari Tanpa Kenderaan

PROGRAM HULU SELANGOR: HARI TANPA KENDERAAN BULAN DISEMBER 2024

Bukit Sentosa, 14 Disember 2024- Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menganjurkan Program Hulu Selangor Hari Tanpa Kenderaan bagi bulan Disember 2024 yang bertempat di Persiaran As-Salam Bukit Sentoasa. Program ini dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Puan Julaihah binti Jamaludin.

Turut hadir bersama bagi memeriahkan program tersebut adalah Tuan Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha Majlis Perbandaran Hulu Selangor, barisan Ahli Majlis, Pengarah-pengarah Jabatan, serta kakitangan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Program yang diadakan dua kali setahun ini bermula pada pukul 6.30 pagi. Kaunter pendaftaran telah mula dipenuhi pengunjung seawal 6.00 pagi bagi mendapatkan topi khas Hari Tanpa Kenderaan, yang disediakan secara percuma kepada 500 pengunjung terawal. Acara diteruskan dengan Larian Santai Hari Tanpa Kenderaan, di mana para peserta melalui lima checkpoint yang menyediakan lima jenis permainan sukaneka yang berbeza. Setiap checkpoint diuruskan oleh lima jabatan dalaman Majlis Perbandaran Hulu Selangor iaitu Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Perancang Bandar, Bahagian Teknologi Maklumat, serta Bahagian Pusat Setempat.

Selain itu, pelbagai persembahan kebudayaan dan aktiviti menarik turut diadakan di tapak program, seperti Persembahan Seni Silat Gayong, Gendang 24 Rentak, Persembahan Tarian Orang Asli, face painting, Soopa Doopa, cabutan bertuah, serta booth pameran daripada agensi kerajaan dan swasta.

Program ini merupakan salah satu inisiatif Majlis Perbandaran Hulu Selangor dalam usaha untuk melahirkan warga yang mengamalkan gaya hidup sihat, sambil mengurangkan penggunaan kenderaan yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitHuluSelangor

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 20 Disember 2024, 04:01:30.
Jumlah Pelawat :
00890716

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015