Seminar Kelestarian Sisa: Urus Sisa Rendahkan Karbon Usaha Bersama

SEMINAR KELESTARIAN SISA: URUS SISA RENDAHKAN KARBON USAHA BERSAMA

Bukit Beruntung, 20 Januari 2025 – Seminar Kelestarian Sisa: Urus Sisa Rendahkan Karbon Usaha Bersama telah berlangsung hari ini di Kelab Golf Bukit Beruntung. Program anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dengan kerjasama Management Science University (MSU) melibatkan penyertaan daripada 82 wakil industri perkilangan dalam Daerah Hulu Selangor.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Ng Suee Lim, EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor. Turut hadir, YBrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, YBhg. Dato' Kelvin Lai Tak Kuan, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengurusan Taman Perusahaan (IPMC) Hulu Selangor dan Ahli-Ahli Majlis MPHS.

Dalam ucapan Perasmiannya, YB Dato’ Ng Sue Lim, telah menyentuh berkenaan Dasar Pelepasan Sifar Selangor (Zero Discharge Policy - ZDP) yang baru diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Dasar ini, yang dikuatkuasakan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), menggalakkan kitar semula air buangan oleh industri bagi melindungi sumber air negeri. Beliau juga turut menekankan kepentingan kerjasama erat antara sektor awam dan swasta dalam pengurusan sisa lestari serta memacu ekonomi hijau yang lebih mampan.

Turut menyampaikan ucapan, YBrs. Puan Julaihah bt Jamaludin, YDP MPHS, yang menyeru agar pihak industri bekerjasama bersama MPHS dalam memastikan Hulu Selangor terus kekal dengan kehijauan meskipun pembangunan sedang pesat dilaksanakan di Hulu Selangor. Sebagai pihak berkuasa tempatan, MPHS komited dalam menyokong dan menjayakan dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Seminar ini dimulakan dengan pembentangan oleh wakil-wakil dari MSU, Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation (MGTC), dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Topik yang dibentangkan merangkumi pengurusan sisa lestari, inovasi industri dalam menyokong sasaran rendah karbon, serta kerjasama strategik ke arah masa depan yang lebih hijau. Turut serta berkongsi idea dan pengalaman adalah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) dan Jabatan Perancang Bandar, yang berkongsi inisiatif rendah karbon MPHS serta inovasi terkini dalam pengurusan sisa.

Pada sesi petang pula, seminar diteruskan dengan sesi dialog bersama wakil daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), MSU, dan industri seperti GIVI . Dialog ini memberi peluang kepada semua pihak untuk bertukar pandangan dan membincangkan cabaran serta peluang ke arah mencapai objektif kelestarian sisa di kawasan kilang masing-masing.

Seminar kelestarian sisa yang dianjurkan ini adalah bagi menyokong dan mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 melalui SDG 8: Pekerjaan Yang Sesuai Dan Pertumbuhan Ekonomi, SDG 9: Industri, Inovasi Dan Infrastruktur.

#HuluSelangor

#PersidanganPengurusanSisa

#ZeroDischargePolicy

#Kelestarian

#TindakanIklim

#SDG

#ESG

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 21 Januari 2025, 09:12:45.
Jumlah Pelawat :
00916642

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015