Taklimat Penyertaan Pertandingan Tandas Bersih Menawan dan Wangi (PTBMW) 2024

Taklimat Penyertaan Pertandingan Tandas BMW 2024

Batang Kali, 18 Oktober 2024 – Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA), Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan Taklimat Penyertaan Pertandingan Tandas Bersih Menawan dan Wangi (PTBMW) 2024 di Dewan Auditorium Dato' Abdul Hamid, Batang Kali, bagi memperincikan kriteria pertandingan dan syarat-syarat penyertaan.

Taklimat ini dihadiri oleh seramai 50 wakil daripada lima kategori yang dipertandingkan, termasuk agensi kerajaan / swasta, pusat pendidikan, pusat ibadat, stesen minyak, dan premis makanan. Turut hadir, Ahli Majlis, Encik Rajesh Rao dan Encik Muhammad Helmy Jufry bin Rusli selaku Penolong Pengarah JPSPPA.

Encik Aizul Azrin bin Mohd Badri, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Inspektorat JPSPPA, telah menyampaikan taklimat bertujuan untuk mempersiapkan para peserta dengan maklumat yang jelas dan tepat agar dapat memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Pertandingan ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM9,000. Selain itu, para peserta yang hadir berpeluang memahami kriteria penilaian yang telah ditetapkan, dengan harapan dapat mempamerkan tandas yang bukan sahaja bersih tetapi juga menawan dan wangi, selaras dengan matlamat pertandingan ini.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 25 Oktober 2024, 09:09:38.
Jumlah Pelawat :
00861540

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015